Sunday, August 28, 2011

kembali blogging!

Berhabuk sudah blog yg sudah lama ditinggalkan
Setelah melalui frasa hidop yang gelap seketika
Kini i'm back dengan perasaan yg segar dan berbunga-bunga..
Dengan doa dan semangat untuk melupakan semua yg berlaku sebelom ini
Dan mereka yg pernah menggelapkan perasaan serta emosi saya
Terima kaseh di atas segalanya dan semoga sentiasa diberkati hendaknya!

Sekarang saya sedang menaikkan kembali semangat
Dan mencorakkan kembali perjalanan hidop disamping mereka yg tersayang
IPOH adalah lokasi sementara yg saya pilih utk berbakti kpd yg sepatotnya.
Dengan doa dan sokongan dari mereka yg tersayang insy terang la kembali hendaknya hidop saya seperti yg selalu diimpikan..amin

Oleh kerana ini adalah bulan yg baik dan mulia,
dan perasaan hati saya sangat excited utk menunggu
adek-beradek serta tentera setia saya utk kembali berkumpul.
Terdetik hati utk menaip sesuatu..
maka terhasil la entry ini..
mulanya nk buat entry yg ringkas tp saya selalo terbabas tika meluahkn apa yg pernah ada dan terbuku dihati dan kotak memori saya..

jadi insy entry yg seterosnya adalah pada sebelom hari raya.. ;))

selamat membuat persiapan
untuk berhari raya!

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 2011

and
Selamat Berpuasa 
for
blogger friends

actually puasa tahun nie ada sedikit kelainan sikit untuk akoo
kerana
akoo tidak lagi berada jauh dari family yehaa
walaupun terpaksa berjauhan dgn my jantung hati huhu
but i'm very appreciate kerana dia sangat memahami dan merestui
semoga kesabaran ini berhasil dan memberi kebaikan kepada semua pihak..

semoga ramadhan ini memberi seribu keinsafan
dan dikurniakan kesihatan yang baik agar kita dapat melakukan amal ibadat yg sempurna..
Insya-Allah

Tuesday, May 31, 2011

Day 3

  •  Day 3 - Your idea of the perfect first date
Oke for this question, agak senggals gak akoo nak fikir. Maybe sebab nya akoo nie adalah dikalangan mereka yang kureng romantik haha tp akoo manja sila muntah sekarang haha. Untuk 1st date, akoo takde la berangan giler-giler romantik & indah macam dalam movie cintan cintun tue. MY IDEA OF THE PERFECT FIRST DATE is just a simple day seperti i & my bf spend time together & lepaking sambil menyedot minuman & menjamu selera penting tue haha & berborak sbb bagi akoo 1st date adalah hari yang penting untuk kami mengenali diri dengan lebih dekat sebab maybe selama nie kami hanya berkenalan dan berborak dengan menggunakan medium laen iaitu handphone so perasaan nya laen & situasi nya pun of course berbeda kan..So after we lepaking kat restorant or any places maybe kami boleh menghabiskan perfect date dengan menonton movie tak kesah lah movie cintun ke or action yang penting masa itu diluangkan bersama haha and after that balik la..haha perfect tak? oke la kan dari takde langsung.

Monday, May 30, 2011

Mimpi!

Malam semalam akoo ada kesukaran untuk melelapkan mata.
Maybe kerana cuaca dan suhu bilik akoo yang panas.
Mengharapkan 1 kipas yang kecik untuk membantukan akoo untuk kembali sejok
Memang hampeh!!
Ekon juga yang akoo rasakan sesuai demand tinggi wey

Banyak kali akoo try untuk lelapkan mata
berrguling-guling
Bermacam-macam aksi 18SX akoo buat
tak nak gak mata akoo lelap.

Penyudah nya akoo bukak TV tup2 kat TV 1 ada program
"Istimewa Bersama Fauziah Latif"
so layan kan aje..
mmg kena la teros mata akoo bertambah segar bugar 
tgk Fauziah Latif menyanyi lagu-lagu lama dia
dari zaman dia anak dara hingga la zaman kertu sekarang
akoo mmg minat lagu2 dia nieh 
wlpn lagu dia bukan la era zaman remaja akoo
tapi kalo pi karaoke lagu2 dia mmg menjadi 
pilihan di hati & kotak suara akoo haha
bila nengok dia menyanyi lagu-lagu lama teros akoo teringat kan
kakak-kakak akoo yg sememangnya adalah peminat fanatik dia
mungkin diorang la punca timbul nya minat akoo terhadap lagu2 dia.


Teringat dulu2 kakak-kakak akoo 
bukan sekadar minat kat lagu-lagu dia je
tp depa turut mengikot fesyen pakaian & rambut dia
tp time tue mmg famous la kan gaya 
rambut jambul/remos kt depan tue haha
kalo tengok pic diorg time muda2 dulu 
mesti tergelak sampai pecah perot.
Memang jadi bahan la dengan anak2 diorang 
kalo berkumpul ramai-ramai & bukak album lama2 
& belom lagi mokde (akoo ler) n acu masok tolong bahan kan haha

sangat rindu waktu kteorg lepaking bersama-sama
Semua adek beradek berkumpul..
So suasana sure happenning + bising!


Selepas teringat sessi bersama keluarga
tiba-tiba slot kenangan bersama arwah abah
masok plak..macam drama kat tv la pulok..
serius tanpa sedar airmata akoo pun mengalir bagai hujan
Memang sedih giler
biler terigt kenangan bersama arwah abah.
Tengah taip nie pon airmata akoo mengalir laju je.

Serius memang rindu giler
lagi-lagi time akoo lepaking sesorang.
Orang kata semakin lama dia tinggalkan kita 
semakin pudar ingatan kita pada dia
tapi bagi akoo walaupun dah hampir 6 tahun 
arwah abah pergi ingatan terhadap dia maseh segar kat kotak fikiran akoo.

Maseh tergiang-ngiang cara dia panggil akoo 
dengan panggilan manja untuk akoo..
Mungkin cara panggilan itu maseh digunakan 
pakai oleh anak2 sedara akoo..
Sbb tu akoo tak penah kesah n marah anak-anak 
sedara akoo panggil akoo dengan ijjjjjjjjjjaa  
kadang-kadang mokde cun  sbb setiap kali 
diorg memanggil akoo dgn intonasi arwah mesti 
hati akoo selalu anggap arwah yg panggil akoo 
& sentiasa rasa dia maseh selalu ada disisi akoo..
haihhsssh panjang plak entry nieh..


Kesimpulan nya semalam akoo mimpikan arwah
selepas akoo hanyut & terlena entah bagaimana
sangat tenang..




Al-Fatihah.